Saturday 17 January 2015

Erti syukur

Aina amanda. Sedap nama . A special person yang jadi viral sekarang ni. Aina dilahirkan tanpa pergelangan tangan kanan. She is so cute!! Petah bercakap. Sama macam my niece si aina tu.. so bila tengok aina amanda, mesti teringat aina zaizulaikha tuu.. Rupanya mak aina amanda lahirkan aina selepas 11 tahun tidak dikurniakan cahaya mata. Lama tuu.. Macam mana perasaan bila dah berbelas tahun kahwin takda anak. Then bila bersalin anak tak cukup sempurna. I cant imagine it! Tapi naluri ibu yang aku ada sekarang ni mengatakan yang walaubagaimana pun dia, dia tetap sempurna! Allah swt simpan tangan aina kat syurga. :)   Bila tengok keadaan aina, aku rasa insaf. Aku dapat anak yang serba sempurna. Dengan dosa-dosa yang telah aku buat, tapi Allah tetap bagi yang terbaik untuk aku. :'(  Bertapa Allah sayangkan aku. Allah beri semua yang aku nak. Suami. Anak. Ya Allah. Aku berdosa padaMu . Aku malu padaMu YA Allah. Kau ampunilah dosa-dosa ku. 

No comments: