Thursday 14 November 2019

Memaafkan atau TIDAK?

2019. I'M BACK!..

Banyak kenangan dalam blog ni. Tapi ini blog kedua. Blog pertama dulu lagi banyak kenangan. :) Kawan-kawan susah senang, semua aku letak dalam blog ni. Kalau rindu, aku bukak. Aku baca. Dari zaman dip, zaman kerja, zaman ada bf, ada tunang, ada suami, ada anak! hehe.. Sekarang anak dah dua uolss.. Alhamdulillah. 

Sekarang zaman orang sibuk update igstory. Orang dah lupa dah apa itu Blog. Zaman berubah, manusia juga berubah. Best kan kalau balik ke masa lampau. Rindu. Tapi nak mintak pada zaman tu ditukar jalan ceritanya. Tak jumpa manusia manusia yang hati busuk, dengki . Tak jumpa dengan manusia yang suka mainkan perasaan orang. Tak jumpa dengan kesedihan. Tbh, aku bukan seorang yang suka nak cari pasal dengan orang. Tapi bila kau baik dengan orang, orang baling taik dekat kau. Apa kau rasa? Adil tak? Lalu aku ambil langkah , "i tak kenal u". Jumpa lah kat mana-mana pun. Aku ignored. Biar lah masa yang tentukan semua ni. Memaafkan itu senang. Melupakan itu susah. salam..

Saturday 17 January 2015

Erti syukur

Aina amanda. Sedap nama . A special person yang jadi viral sekarang ni. Aina dilahirkan tanpa pergelangan tangan kanan. She is so cute!! Petah bercakap. Sama macam my niece si aina tu.. so bila tengok aina amanda, mesti teringat aina zaizulaikha tuu.. Rupanya mak aina amanda lahirkan aina selepas 11 tahun tidak dikurniakan cahaya mata. Lama tuu.. Macam mana perasaan bila dah berbelas tahun kahwin takda anak. Then bila bersalin anak tak cukup sempurna. I cant imagine it! Tapi naluri ibu yang aku ada sekarang ni mengatakan yang walaubagaimana pun dia, dia tetap sempurna! Allah swt simpan tangan aina kat syurga. :)   Bila tengok keadaan aina, aku rasa insaf. Aku dapat anak yang serba sempurna. Dengan dosa-dosa yang telah aku buat, tapi Allah tetap bagi yang terbaik untuk aku. :'(  Bertapa Allah sayangkan aku. Allah beri semua yang aku nak. Suami. Anak. Ya Allah. Aku berdosa padaMu . Aku malu padaMu YA Allah. Kau ampunilah dosa-dosa ku.