Assalamualaikum :)
Alhamdulillah. Dah nak masuk bulan yang paling mulia dalam Islam iaitu bulan Ramadhan. ;) Pejam celik pejam celik pejam lagi dan celik lagi ! Cepat sungguh masa berlalu. Bulan 6 pun akan berlalu. ;( Kenapa aku sedih? Sebab bulan kelahiran aku akan berakhir tak lama lagi. Dan akan ketemu bulan ini pada tahun depan. Moga Allah Swt panjangkan umur aku untuk berjumpa dengan si angka 23 ini. Amin. Ok then! Sambil menyumbat bihun sup dan meludah lemak-lemak daging ke dalam mangkuk balik, (aku benci beli bihun sup daging! sebab lemak lebih banyak dari daging.! heh!) aku terasa terpanggil untuk membebel dalam blog ni pasal apa yang sedang aku lalui sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni. Aku tahu orang tak kan baca. I already know that! slrppppp. (hirup kuah bihun sup ) Firstly, aku nak kongsi pasal KERJA. FYI, aku bekerja di sebuah syarikat kargo yang rela meng-kargo-kan dirinya untuk menghantar segala jenis barang ke luar negara. Aku dalam Export department. Bila orang tanya aku kerja mana,
Orang : Fiza! hang keja mana la ni?
Aku : Aku kerja Export barang.
Orang : Wut?? biaq betoi!..
Aku : Tak caya sudah. hahaha
Actually aku bahagian Billing. Company untung sebab aku! Tapi buat masa sekarang bukan aku yang kira . hehehe. Sebab aku masih baru. Ya! Masih pekerja baru. Baru 4 bulan!. Baru kan? kahkahkah.. (aku tak pernah tengok orang gelak cam gitu. ada ek? #wondering) So berapa Nippon charges kat shipper & consignee, hanya kami kami ja yang tauu. Kerja dalam department tu sangat best. Sebab free nak bersembang, berjalan-jalan, suka hati nak buat apa pun. Contoh : Kau jalan ke meja depan. Dan bertanya lunch nanti nak makan kat mana. Lepas tu kau dan si orang tu melalut cerita lain berjam-jam. hahaha..Who care's? Takda siapa nak kesah weh. So far okay lah. Cuma SATU!!!.. I HATE MY BOSS DAMN MUCH!!. Aku benci dia tahap maksima. Tengok muka dia pun dah boleh rasa kebencian. Orang cakap, dalam kerja ni, SKIN amat penting. Takda nya 1MALAYSIA. Najib memang suka menipu. 1MALAYSIA apa nya bila orang tak habis-habis membezakan warna kulit. Bos aku Melayu. Tapi Melayu yang tak tolong Melayu. ahhh itu aku tak ambik kesah sangat. Yang aku kesah, dia suka buat rules sendiri. I know you're BOSS! but dont do everything like a BOSS! Staf sendiri pun tak respect. Habis tu nak orang respect kat dia? Memang tak arrrhh.. Entry ni bukan pasal nak tunjukkan ketidakpuasan hati aku pada bos aku. Tapi aku juz nak luahkan apa yang dah sarat dalam kepala aku ni. Aku datang awal. Masuk kerja 8.45 pagi. Selalunya aku akan sampai ofis dalam pukul 8.30. So bila dah datang pun punctual, balik pun kena lah punctual kan? Tepat 5.45 petang aku dah siap-siap nak balik. Nak tauu apa dia buat?? Aku dan rakan sebelah, Ramamani ditegah pulang pada jam 5.45. Sebaliknya kami kena balik pukul 6 petang.! WTH!! Kami berdua ja yang kena balik pukul 6. Orang lain tak. TAK ADIL kan? 15minit tu lama wehhhh.. Masak maggi pun sempat. Thats why i hate him. !
Dan dalam masa yang sama. Suddenly,Si buah hati muncul!. ;) Ahh. Ini aku takmau cerita. Rasa macam annoying pulak nanti. hahahaha.. So sekarang ni aku tengah pikir macam mana nak dapat kerja lain. Aku dah tak sanggup nak kerja bawah si tua tu. Aku tak pernah amik Annual Leave + MC selama aku bekerja 4 bulan ni. Hebat tak aku?? Sebab si tua tu conquer cuti-cuti dalam ofis tu. Bagi 10 sebab kenapa nak cuti!. NAAAHH!. Memang tak cuti lah aku. Aku benci macam mana sekalipun,time kerja aku respect him as my boss. Do everything like he want! Aku ni siapa nak cakap TAK? kan.
Last but not least, aku bersyukur kerna masih diberi peluang mencari rezeki di Nippon Express tu. Nak demand, semua orang boleh demand. Nak itu lah, Ini tak cukup lah.bla bla bla bla... Rezeki Allah Swt dah bagi, so bersyukurlah wahai manusia..... :)
No comments:
Post a Comment