Saturday 4 February 2012

salam maulidur rasul


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Ya Rasul.....ku rindu padamu...
Ya Rasul....syafaatkan daku......

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


.......................

lagu ni jika dihayati betul2,memang cukup sedih.menusuk kalbu.
Buang masa nangis bila dengar lagu cinta tah apa2 tu.
baik dengar lagu ni. kita menangis sbb Nabi kita. 
insafkan diri kita. adakah kita umatnya jika segala ajarannya ,sunnahnya kita tak ikut. :'(
This song truly makes me cry. 
"Kerana dia Insan Mulia,sedangkan diriku Insan Biasa"

Marilah sama-sama kita panjatkan selawat ke atas junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w sbg tanda kita menyayanginya dan mengingatinya.


SALAM MAULIDUR RASUL.


2 comments:

Atiqah Razak said...

Salam Maulidur Rasul ! ;)

FA said...

salam maulidur rasul :)