Thursday 9 February 2012

gila

Petang itu,aku tersangatlah penat.Awal pagi dah kelam kabut pergi kelas. Kelas start pukul 8 pagi. So aku kena bangun dua jam awal sebab aku pergi kelas naik bas. Pukul 6.45 aku dah kena terpacak kat stesen bas. *eleh.selalu hg dok bangun lmbat pijahh oi. Ngeks. Sapa yang suka bangun awal???! hahaha.. Aku adalah student yang selalu masuk lewat. Lect dah tau kenapa dan mengapa aku lewat. Orang naik bas ni bukan macam naik teksi. Masa tak tetap. Kalau ada transport sendiri, 15minit dah sampai poli. Ini sebab naik bas,dekat satu jam jugak lah perjalanan. *rugi masa kan. -.-" Actually naik bas rapid ni seronok. Boleh tidur lagi dalam bas. Dengan aircond yang sangat sejuk.Sangat heaven. Tetapi.. Apa yang membuatkan aku jadi benci naik rapid ni, bila bangla-bangla ada dalam rapid. Sebab pertama, aku akan rasa macam aku duduk kat Bangla. Bukan kat Malaysia dah. Sembang macam tu bas depa. *keinginan untuk membaling kasut ke muka mereka itu ada. -.-" Sebab kedua, bau yang teramat lah busuk. Tak mandi ke apa?? I'm just wondering.=,=' Rela duduk sebelah orang India. Warganegara macam aku.

Sampai umah dalam pukul 6petang. Sebab kelas habis pukul 5. Setibanya aku kat umah,mak,ayah,adik2,aku tak pandang dah. Sebab dalam kepala aku hanya ada KATIL. Dan sahabat-sahabatnya iaitu bantal busuk,selimut. Letak beg,bukak tudung. Dussssssshhh!. *macam tu ke bunyi hempap badan atas katil? haha. Aku tidur terus!! Aku tauuu kau nak cakap aku tak solat Asar kan. Syaitan hasut. Aku termakan hasutan syaitan. ;( Lepas maghrib aku bangun. Tu pun mak aku kejutkan weh.Kalau tak boleh tidur sampai esok woo!.. Aku bangun,mandi,solat. "Sahaja aku solat Maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah taala.. Allahuakbar." . Solat seperti biasa.Tanpa sebarang gangguan. Otak masih freshh and white. Masuk rakaat ketiga. Selepas sujud,dengan bangganya aku menadah tangan.Membaca doa. Ya.! Doa qunut. "FIZA,SOLAT MAGHRIB NI,BUKAN SOLAT SUBUH." hatiku berkata. Astagfirullahalazim.! Sempat aku toleh ke belakang,ke kiri,ke kanan. Moga tiada siapa yang tengok aku..Ini semua berlaku gara-gara aku tidur lepas Asar.Bangun time Maghrib. Lalu selepas kejadian itu,aku dah kurang tidur lepas Asar. 

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.


*alhamdulillah.aku dapat berjumpa juga dengan TGNA pada hari selasa yg lepas. :)

2 comments:

Atiqah Razak said...

Jumpa kat mana ni? Tak tau kenapa sekarang dah tak tido siang. Jarang sekali.

Thanks buat blog itew dlm bloglist. Hehe. Buat baik dibalas baik la kan ;)

FA said...

kat kawasan umah.hehe..ada ceramah. TGNA datang. weeee.. :)

most welkam! hehe.thanks kmbali !!! ;D