Seri merupakan seorang pelajar jurusan IT di sebuah kolej yang tak terkenal. Dia perlu menghabiskan 3 tahun untuk diplomanya. Jauh daripada keluarga bukanlah penghalang buat Seri untuk berjaya. Berada di tempat orang menjadikan Seri berani untuk menempuh segala cabaran. Kata orang, ke mana saja yang kita pergi, kita pasti akan jumpa crush kita. Begitu juga dengan Seri.
Lelaki itu. Dia sangat menyukai lelaki itu. Adi. Lelaki yang berjaya membuat Seri jatuh hati. Kali pertama menatap wajah kacak itu, Seri sudah terpana. Tapi, dia tahu dia tak layak untuk Adi. Bagai pipit dan enggang. Dia mengakui dirinya tak secantik wanita-wanita di kolejnya.Seri pasrah.
Seperti biasa, setiap malam semua pelajar akan online. Aktiviti pelajar pada waktu malam. Merehatkan minda selepas berjam-jam study. Ada yang facebook,twitter, dan skype dengan pasangan masing-masing. Seri membuka facebooknya. "OHHH.Adi!.." jerit Seri. "Adi add aku?? Biar betul." tambah Seri lagi. Dia sangat terkejut lalu menekan approve button. Dia tersenyum.
Keesokan harinya, Seri ke kelas seperti biasa. Hari-hari dia akan terserempak dengan Adi. Namun Adi tak pernah melihat dirinya. Dia tahu Adi memang tidak akan memandangnya apatah lagi menegurnya. "hmm.biarlah.Biar aku ja gilakan dia."detik Seri dalam hati. Balik dari kelas, Seri terus mandi. Kepenatan amat terasa tatkala pulang dari kelas. Dia perlu berjalan kaki ke kelasnya. Rumah sewa sangat jauh dari kolej. Laptop dibuka. Facebook. "Arrrrrrrrrrrrrr!"jerit Seri sekuat hati. Housemate Seri memenuhi biliknya. "Ko pehal Seri?" ujar Farah. "eh.takde pape. hihik.sorry guys."kata Seri. "dah,dah.keluar dari bilik aku.semak semak." halau Seri kepada rakan-rakanya. "Adi komen gambar aku.ya allah. seronoknya aku. tak tahu nak gambarkan macam mana. Wajib komen balik ni!-kata Seri. Selepas 3 minit,Adi komen semula gambar Seri.
"Dia komen lagiiiiiiiiiiiii!!" jerit hati Seri. Malam itu adalah malam yang paling seronok dalam hidup Seri. Dapat berbalas komen dengan Adi.
Berhubung di facebook membuatkan hubungan mereka menjadi akrab. Sehinggalah Adi meminta no telefon Seri. Tanpa berfikir panjang Seri memberikan no telefonya itu kepada Adi. Kini tanpa facebook,mereka boleh berhubung. Setiap hari mereka akan bermesej. Pagi petang siang dan malam. Dalam tempoh sebulan mereka menjadi semakin akrab. Sehinggalah ada perkataan "sayang" timbul pada skrin telefon bimbit Seri. "Dia panggil aku sayang?ok. sayang kau jugaaa. :)" kata Seri.
Perhubungan yang akrab itu tidak membawa kepada satu perhubungan yang dipanggil CINTA. Seri juga tertanya-tanya. Kenapa mereka tidak bercinta saja. Dan pada saat itu lah Seri bertanya kepada Adi.
" Adi, kau rasa hubungan kita ni macam mana ek?" kata Seri.
"ermm,biarlah kita macam ni. Senang.Aku suka kita macam ni. Tak payah cinta-cinta sangat." balas Adi.
Seri faham dan akur. Hubungan rapat itu tak membawa apa-apa dalam hidupnya. Adi selesa begitu. Seri terpaksa memendam semua perasaanya. Hari-harinya berlalu seperti biasa. Mereka saling membalas mesej. Di kolej pula,mereka akan bertemu di perpustakaan. Kebanyakkan student lain tahu akan hubungan mereka. Masing-masing ingat bahawa Seri dan Adi sedang hangat bercinta. Mereka salah sama sekali.
Pagi itu, Seri ternampak Adi dan Wani (kawan sekelas Adi) ke cafetaria. Seri melihat tanpa berkata apa-apa. Dia tak perlu marah. Kerana Adi bukan bf untuk dirinya. Tapi, dia juga manusia. Manusia yang punya sikap cemburu. Seri berlalu dari situ.
Esok merupakan hari sabtu. Hari lepak buat student. Seri mengajak Adi temannya ke pameran IT atau lebih dikenali sebagai PC FAIR. Adi setuju. Dan pada keesokan harinya,apa yang dirancang,tak menjadi. Adi mungkir janji. Seri terpaksa mengajak Lina. Waktu pulang ke rumah, Seri terserempak Suhana di dalam bas.Suhana merupakan rakan sekelasnya.
"Seri. Adi dengan Wani tu couple ek?" kata Suhana.
"huh? Kenapa kata macam tu Su?" ujar Seri.
"Ye lah. Tadi kemain aku tengok diorang. Mana saja Wani pergi,Adi mesti ada sebelah Wani tu. Jeles aku tengok.hahaha." balas Suhana.
"oh ye ke.hehe.Entah.Aku pun tak tahu Su. hehehe"
Mood Seri pada masa itu sangat down. Dia pulang ke rumah dengan hati yang sedih. Memikirkan apa yang disampaikan oleh Suhana. Berkecamuk fikirannya. Malam itu, tiada satu pun mesej darinya untuk Adi. Dia begitu sedih. Keesokan harinya,di kolej, dia ternampak Adi dan Wani di hadapan library. Langkah Seri ke library terhenti. Dia sebolehnya tidak mahu Adi ternampak dirinya itu. Seri melupakan hasrat ke library dan terus ke kelasnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan Adi.
Hubungan mereka semakin renggang. Setiap malam Adi akan menghantar mesej kepadanya. Hati Seri sudah berubah. Mesej dari Adi yang satu masa dulu menjadi kegilaan Seri kini tidak lagi.
Adi pernah bertanya kepada Seri adakah dia(ADI)dan Wani nampak seperti kekasih. Seri berkata YA.
Dan Adi memberitahu Seri bahawa Wani adalah bestfriendnya.Tak lebih dari itu. Tapi bagi Seri,dia percaya satu hari nanti mereka(Adi dan Wani) pasti akan menjadi pasangan kekasih.
Lama kelamaan apa yang difikirkan menjadi kenyaataan. Adi dan Wani bercinta. Seri menjauhkan dirinya daripada Adi. Dia terpaksa melakukan semua itu demi menjaga hatinya.Dia tidak mahu sekali lagi melukakan hatinya yang dah lama terluka itu.Biarlah dia yang sakit. Bukan Adi. BiarlaH Adi bahagia. Biarlah Adi gembira. Itu semua dah cukup buat Seri..
.............................................
ADI : "kau apa khabar?"
SERI : "alhamdulillah sihat. kau?"
ADI : "hehe..sihat jugak. Kau cam mane.Dah ada BF ke belum ?"
SERI : "ohh.belum lagi."
ADI : "tu lah.kau memilih sangat."
SERI : "hehe"
damn you!! aku memilih sebab kau lah bodoh. aku suka kau. aku suka kau. aku suka kau.kau buat aku suka kau.kau bagi harapan kat aku.then kau blah macam tu ja? hmm.btw THANK YOU.
4 comments:
fiza..ni cerpen ea??hehe
kesian seri kan..kdg2 kite kne lepas kan seseorg sbb kite syg kt die kan..aku harap seri akan dpt bf lebih bek dri adi wlupon dlm cerpen..
aku suke entry ni..xlekang senyum dri bibir ku dan tacink di akhiran perenggan...cewah..
aah cerpen sampah aku. ayat tunggang langgang. zaman menulis esei berakhir tatkala spm berakhir. haha..
mudah-mudahan.amin. tacink? haha ;D
Yang part akhir tu yg best, "Damn you !" Ada tag untuk anda ,http://molekatiqah.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html
tersirat n tersurat , btw , be strong SERI . :)
Post a Comment